Pahang Rangers mencatat kemenangan kedua dalam saingan MPFL musim ini, setelah bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Sabah 7-5 dalam aksi penuh tegang di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
Ia bukan permulaan yang diharapkan skuad Gerard Casas, apabila jaringan Shah Azman (m-8) dan Wan Raziq (m-10) meletakkan tuan rumah 2-0 di depan.
Begitupun Hamdin Zarif Mahmun memulakan episod kebangkitan pada minit ke-11 disusuli jaringan oleh Sirhan Aiman sebelum jaringan second spot penalti Felipe de Souza memastikan kelebihan 3-2 buat Pahang Rangers di separuh masa pertama.
Tiga minit bersambung babak kedua, Murilo Saad menjadikan kedudukan 4-2 namun defisit kembali mengecil setelah Sabah merapatkan jaringan menerusi Akmal Hakimi.
Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan dan Pahang Rangers kembali melebarkan kelebihan gol menerusi Amirul Khairuddin dan Felipe sebelum Sabah mendapatkan satu lagi gol menerusi Shah Azman.
Pada kedudukan 4-6, perlawanan menjadi sedikit tegang apabila tercetus insiden panas menyaksikan tiga pemain Sabah dilayangkan kad merah.
Situasi itu dimanfaatkan Pahang Rangers untuk menambah jaringan menerusi Felipe de Souza yang melengkapkan hatrik keduanya musim ini.
Walaupun Sabah berjaya mendapatkan jaringan kelima menerusi Felipe Leite, ia sudah terlewat untuk mereka menghalang Pahang Rangers dari membawa pulang tiga mata.